Sambungan
Thursday, 23 June 2016
Monday, 6 June 2016
Ayahku tak suka makan petai
Pada umur 63 tahun memanjat pokok petai semata-mata memberi keluarga menikmati buah petai baginya itu biasa. Dikala seorang anak sendiri takut nak panjat pokok setinggi itu dia naik dengan selamba. Bayangkan lah dengan kuderat yang ada dia gagahi dan bahaya yang menanti dia hadapi dengan BERANI.
Cuma tersentak dalam benak fikiran kalau diwaktu ini pengorbanannya sebesar ini apalagi sewaktu mudanya ketika kami anak-anak meningkat dewasa sudah tuntu dia mempetaruhkan diri untuk keluarganya.
Acapkali diceritakan oleh saudara mara pernah dua tiga kali juga dia jatuh dari pokok ketika memetik buah tapi hingga harini dia tak pernah serik untuk memanjat lagi. Bukan degil tapi itu lah yang dinamakan seorang bapa tidak akan pernah berhenti dari berusaha untuk memberi yang terbaik kepada keluarga. Jatuh bangun semula itu biasa tapi jatuh panjat semula itu luar biasa.
Kegagalan hanya berlaku bila manusia itu berputus asa. Jatuh itu satu langkah menuju kejayaan selagi kita mampu bangkit dan terus berlari insyaAllah kejayaan milik kita.
Jagan dinilai kerjaya dan duit semata-mata sebagai ukuran kejayaan. Nilailah akhlak, kasih sayang, kesejahteraan dan kepuasan diri itu sebagai kejayaan hakiki.
Maafkan saya.
fj
Air tangan mereka
WERDA ialah air tangan professional yang mewakafkan diri seperti buruh kasar. Foto semasa memasang lantai showroom W E R D A yang juga kami 'kerjakan' sendiri secara berjemaah, bukan membelanjakan puluhan ribu kepada kontraktor seperti syarikat biasa.
Dari kiri...
Depan sekali jurutera JPJ mesra dipanggil Ayah Ijad,
Ustaz Shauqi Hasan (seperti namanya),
Fadli (logistic dan retail),
Zulfadli (anak yatim RPWP Yang sedang belajar business),
Amir (anak tahfiz kita yang juga tenaga pakar jahitan Werda),
Nik Harraz (travel coordinator Saiful Nang Academy),
Akmal Asyraf (creative director @sarcasteek dan @werda_official), dan..
Azman Salikin (CEO Colours of Asia Sdn Bhd).
Mereka semua bersama-sama berehat setelah selesai memasang lantai di WERDA yang dibina dengan semangat luarbiasa dari orang-orang yang luarbiasa, yang berani wakafkan diri dan harta mereka, demi kelahiran WERDA yang juga diwakafkan keuntungannya 100% kepada komuniti anak yatim dan asnaf RPWP.
"More reason to purchase great quality product and the proceeds go charity not Ferrari".
Kami WERDA
geng werda kami
JUSTIFIKASI KUALITI DAN HARGA WERDA – ULASAN PAKAR JAHIT
Disebabkan permintaan yang sangat tinggi dari agen dropship, agen-agen dan retailer serta pemakai sendiri ke atas tudung WERDA Sofia ini, maka kami terpaksa ‘outsource’ sebahagian kerja jahitan ini kepada kilang jahitan luar juga. Kilang kami sudah tidak cukup tangan untuk menampung permintaan yang tinggi walaupun produk pertama belum pun dilancarkan lagi.
Alhamdulillah kami amat berbesar hati dan bersyukur sekali kerana ramai pengusaha jahitan yang menawarkan jasa. Sebahagiannya malah ingin berkhidmat secara percuma. Mereka hanya ingin tumpang meraih pahala melalui projek wakaf WERDA ini.
Malangnya, setelah beberapa perbincangan dibuat dengan beberapa ketua produksi, sebahagiannya juga merupakan guru jahitan, kebanyakan mereka mengakui tidak mampu melakukannya mengikut kualiti yang kami mahukan. Kemasan jahitan yang amat teliti pada setiap inci adalah kami ambil kira tanpa kompromi.
“Rekabentuk tudung WERDA yang sangat unik. Jahitan pada fabrik yang lembut itu memang agak sukar dan memerlukan tukang jahit berkepakaran tinggi. Biasanya hanya mampu dilakukan oleh tukang jahit t-shirt”, kata mereka.
MEREKA DENGAN JUJUR MENGAKUI BAHAWA KUALITI JAHITAN DARI TEAM IBU MARYAM KITA INI MEMANG SANGAT TINGGI DAN BERKUALITI. IA MEMANG HEBAT, SEHEBAT KUALITI SEMASA BELIAU BERKHIDMAT BERSAMA DATUK BERNARD CHANDRAN DAHULU.
Leganya apabila Ibu Yam telah berjaya mendidik sebahagian ibu-ibu lain di Warga Prihatin serta anak-anak (termasuk yang OKU) untuk mewarisi ketelitian beliau. Walaupun sulit mendapatkan kontraktor jahitan luar, kami bersyukur kerana kilang jahitan kami dipenuhi oleh anak-anak yatim dan asnaf yang BERKEMAHIRAN TINGGI untuk menghasilkan WERDA.
Tahukah anda siapa yang membuat kemasan pada lipatan di bahagian perincian bahu di tudung WERDA Sofia?
Mereka adalah 2 orang anak autism dan down syndrome RPWP yang SANGAT TELITI DALAM MELAKUKAN KERJA. Jangan kita ingat anak-anak OKU itu tiada fungsinya, malah hasil kerja mereka diakui jauh lebih teliti dari kita orang biasa. Qamarina & Afiah yang hidup bersama kami di RPWP sejak 10 tahun dahulu mampu membantu penghasilan WERDA sehingga kualitinya tidak mampu ditiru oleh beberapa pengeluar bebas yang kami temui setakat ini.
ADA KONTRAKTOR JAHITAN YANG TERKEJUT APABILA KAMI UMUMKAN HARGA PROMOSI KAMI KELMARIN. KATANYA IA TERLALU RENDAH BERBANDING TUDUNG LABUH LAIN YANG BERJENAMA DAN TIDAK 'SOLAT READY'.
ANTARA SEBAB YANG DILAKARKAN IALAH BESARNYA JUMLAH PENGGUNAAN KAIN UNTUK TUDUNG SEBESAR TELEKUNG (SOLAT READY). ‘DESIGN’ TUDUNG WERDA PULA BEGITU UNIK SEHINGGA MERUMITKAN KERJA JAHITAN. IA DITAMBAH DENGAN TINGGINYA PENELITIAN KUALITI JAHITAN.
ITU BELUM DIAMBIL KIRA NILAI TAMBAH DARI SEGI ‘KUALITATIF’ SEPERTI STANDARD PROMOSI DAN PENJENAMAAN BERPROFAIL TINGGI DAN ‘SPIRIT SEDEKAH’ DARI SEGI WAKAF TENAGA PENGELUARAN YANG BERSEMANGAT NAHNIAH SERTA UNSUR ‘PEMBELIAN SEDEKAH’.
Doakan kami berjaya mendapatkan kontraktor jahitan yang sesuai. Jika kami tidak berjaya ‘outsource’ kontraktor pengeluar bebas lagi, kami harap anda semua bersabar jika bekalan terputus. Yang penting kami akan cuba pastikan bekalan yang ada cukup berkualiti, walaupun mungkin kurang cukup dari segi kuantiti. InsyaAllah akan kami cuba tambahkan kapasiti itu dari hari ke hari.
Terima kasih kerana menyokong WERDA yang ditunjangi oleh mereka yang luarbiasa semangatnya dan luarbiasa juga kualiti kerja insan-insannya.
- W E R D A -
P/S: Jangan terkejut atau berkecil hati pula jika sewaktu pelancaran nanti anda akan berbicara tanpa disapa oleh beberapa jejaka kacak dari kalangan OKU Pendengaran (pekak bisu) yang tersenyum simpul melayani anda tanpa sepatah kata. Mereka semua juga menjadi ahli keluarga kami dalam syarikat Wakaf Enterprise ini.
Umpama kaldai memikul kitab
APA PANDANGAN ALLAH TERHADAP TOKOH AGAMA
Ramai yang berlumba-lumba menulis, menghimpun dan membaca kitab yang tebal tebal. Kemudian mula berceramah dan isinya saling bercanggah antara satu dengan yang lain.
Ada yang mengambil dalil dari quran dan hadis sekerat sekerat. Ambil yang menyebelahi apa yang dihajati dan meninggalkan apa yang tidak menyokong hajat dan aspirasi mereka.
ALLAH PANDANG MEREKA INI SEPERTI KELDAI YANG MEMIKUL KITAB TETAPI TIDAK JUJUR MELAKSANAKANNYA.
QS 62. Al Jumu'ah 5. Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
ALLAH JUGA ANGAP MEREKA INI MUNAFIK, IBARAT KAYU YANG TERSANDAR, BERSANDARKAN KEPADA ATAU BERSELINDUNG DI SEBALIK PAKAIAN, PERWATAKAN DAN GELARANNYA SAHAJA.
QS 63. Al Munaafiquun 4. Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan?
RAMAI YANG MEMPERTIKAIKAN BAHAWA "AHLI KITAB" ITU HANYA MERUJUK KEPADA PENDITA YAHUDI SAHAJA. PADAHAL ALLAH GOLONGKAN SEMUA YANG MENERIMA WAHYU (TERMASUK KITA).
ALLAH "TIDAK PANDANG" PUN KITA SELAGI KITA TIDAK BERANI MENEGAKKAN KEBENARAN DAN SANGGUP MELAKSANAKAN APA YANG KITA BACA.
QS 5. Al Maa'idah 68. Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan apa yang diturunkan kepadamu (alQura'an) dari Rabbmu." Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.
JIKA KITA BACAKAN PULA KEPADA YANG LAIN WALHAL KITA SENDIRI TIDAK MELAKSANAKANNYA, ITU LEBIH PARAH LAGI KERANA KITA AKAN JADI ORANG YANG "PALING ALLAH BENCI".
QS 61. Ash Shaff 2-3. "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".
Kudap Jumaat
Credit DR.MASJUKI