Tanya pada diri sendiri adakah kita hidup untuk belajar atau kita belajar untuk hidup.
kalau hidup untuk belajar jadilah kita seperti hari ini belajar exam belajar exam belajar exam sampailah dapat kertas yang ada tulis kelulusan kita. akhirnya 80% yang dipelajari tak digunakan dalam kehidupan terutama orang yang belajar dan bekerja dalam bidang yang berbeza.
Apa yang kita belajar hari ini semua telah disukat-sukat dengan sukatan mata pelajaran itu ini. kenapa perlu ada sukatan kalau orang itu mampu makan lebih bagilah lebih. kalau dia makan sikit cuba bagi menu lain jangan paksa dengan makan makanan yang dia tidak suka.
Sepanjang saya belajar belum pernah lagi saya jumpa pelajar yang tidak pernah meniru samaada dalam exam atau assignment. inilah jadinya bila pelajar kejar markah, pensyarah kejar KPI, universiti pula kejar ranking. akhirnya matlamat asal untuk belajar tak tercapai kerana semua sibuk main kejar-kejar.
Sistem pendidikan di malaysia disahkan antara yang paling teruk dalam dunia adakah ini yang mahu kita hidangkan pada anak-anak kita.
-fJ-
teka ape yang pelik ada dalam gambar
No comments:
Post a Comment