Dari artikel sedekah tadi terfikir juga kenapa ada orang memberikan duit ketika menghadiri majis perkahwinan, adakah itu adat semata-mata atau satu tuntutan agama. jika dipandang dari sudut sedekah itu adalah satu bentuk perlakuan yang membenarkan atau bahasa kaumnya merestui.
Apabila kita dijemput ke majlis walimatulurus seperti kebiasaan kita akan sediakan sejumlah wang untuk diberikan kepada ibu bapa pasangan yang berkahwin, ini sebagai tanda merestui jodoh mereka dan membenarkan pernikahan itu berlaku, andai kata seseorang itu tidak menyukai pernikahan itu atas sebab-sebab tertentu pasti dia tidak akan membenarkan dengan perbuatanya samaada menghadiri majlis itu atau bersedekah dalam bentuk wang ringgit.
Persoalannya siapakah yang berhak atas duit sedekah itu. jika pemberian sedekah atas sebab membenarkan ikatan pernikahan itu maka wajarnya diberikan kepada pasangan pengantin itu. lain la jika perkahwinan itu ditaja atau didahulukan belanjanya oleh ibu bapa mereka memang patut mak bapak sapu dulu duit itu sebagai ganti pebelanjaan yang mereka keluarkan. jika ibu bapa ini prihatin mereka akan memikirkan kehidupan selepas kahwin anak-anak mereka yang lagi banyak memerlukan belanja untuk permulaan alam rumahtangga kerana itu lebih penting.
manusia yang cintakan kepada fitrah pasti akan memberi lebih sedekahnya kerana mereka ini suka melihat pernikahan yang halal dan tak sanggup melihat zina berlaku dari asbab perkahwinan yang disulitkan dengan segala macam kehendak dan adat. andai golongan yang membenarkan ini tiada maka urusan Allah menjadi semakin sukar dilaksanankan. Akibatnya berlakulah kawin lari, maksiat, perkahwinan sejenis dan macam-macam kemurkaran.
Orang yang menerima sedekah juga adalah orang yang memerlukan barula ade kesinambungan amal kebajikannya, dimana meletakkan sesuatu pada tempatnya atau memberi kepada yang memerlukan.. Dalam erti kata lain membenarkan orang yang menjalankan perintah-perintah Allah dengan apa yang mampu seperti duit dan sebagainya. Sebab itu kita tidak sedekahkan Al-fatihah kepada Nabi Muhammad SAW tetapi kita mangHADIAHkan Al-fatihan kepada baginda.
Dalam majlis ilmu wajib kita bersedekah terutama kepada para guru mursyid yang mengajarkan ilmu haq yang kita sendiri merasai kebenarannya. Seperti ulama terdahulu bagaimana mereka mengajar muridnya dengan kholas tanpa menetapkan kadar bayaran tertentu dan muridnya pula memberi sedekah dengan apa yang mereka mampu.
bersambung....... tak sedah dah subuh
fj
No comments:
Post a Comment