Setiap hari dan setiap kali lepas solat kita bertaubat berdoa agar Allah menerima taubat kita. Semudah itu ke? dengan hanya menadah tangan.
Hanya diri kita sendiri yang tahu akan dosa dan kebaikan yang telah kita lakukan. malangnya hanya sebahagian sahaja yang menyedarinya
At-Tawbah:102 - Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Seperti teori timbalbalas dimana apabila kita ingankan sesuatu kita terpaksa melepaskan sesuatu atau mengorbankan sesuatu yang paling kita sayangi. Jangan persoalkan samaada taubat kita diterima Allah atau tidak, sebaliknya tanya pada diri sendiri apa kerja buat kita dan sejauh mana amal takwa kita terhadap perintah Allah melalui ayat-ayatNya.
At-Tawbah:103 - Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Berusahalah mencari islah dari kerosakan yang telah kita lakukan selama ini. Bersungguh-sungguhlah menyesali dosa kita dan berazam untuk tidak mengulanginya, kerana Allah jaga bersunggu-sungguh terhadap hambanya.
At-Tawbah:104 - Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
fj
No comments:
Post a Comment