Cara paling mudah untuk berlapang dada mencari Islam yang haq adalah dengan berhijrah, tak semestinya pindah tempat tinggal tetapi yang lebih utama keluar dari zon selesa dan kepompong pemahaman lama iaitu agama nenek monyang yang menjadi ikut ikutan.
Hidayah milik Allah, Carilah kurniaNya
Wahyu pertama lagi Allah dah bagitau antara masalah manusia,
Al-`Alaq:6 - ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,
Al-`Alaq:7 - kerana dia melihat dirinya serba cukup.
Jadi, orang yang merasa diri serba cukup ni lebih bersifat jumud,
tak mahu mencari dan hanya mengambil saja apa yg dihidangkan tanpa merujuk alquran & sunnah
Lebih malang bila akal yang diberi tidak digunakan sebaik-baiknya,
hanya bersangka-sangka padahal mereka sendiri tidak mengetahui apa yg mereka kerjakan..
Al Israa' : 36 - Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan
hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
No comments:
Post a Comment