Saya tak kata orang ini gila isim atau seumpanya dengannya. ini sekadar video hiasan
Banyak pendapat yang menjelaskan maksud gila isim ini dengan menyatakan sebab utama berlakunya adalah kerana mereka mempelajari ilmu-ilmu dari Al-quran atau ilmu selain Al-quran yang tak terjangkau dek akal malah ada yang mengatakan terjadinya kerana seseorang itu menuntut ilmu yang salah dengan menggunakan zikir2 Allah SWT untuk tujuan tertentu.
Surah Ali Imran ayat 19. Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.
Hanya agama islam yang Allah redhoi, bagaimana agama islam dilaksanakan? tentunya ada manualnya atau buku rujukan. itulah yang dipanggil ketetepan (Al-quran) di dalamnya Allah mengatakan. Alif laam miin, Kitab ini tidak ada KERAGUAN padanya petunjuk bagi mereka yang BERTAQWA. disamping petunjuk (Al-quran) juga ada perlaksananya iaitu Rasullullah SAW yang menjadi suri taladan sebagai usuwah kepada ummat seterusnya.
Pertunjuk+Perlaksanaan = cara hidup(islam), ada teorinya mesti ada amalinya kerana Allah memandang dari amalan yang dilakukan itu. Ada ilmu tapi tak amal = zalim, zalim@meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. sebagai contoh orang menuntut ilmu semata-mata untuk berdebat sedangkan Allah melarang perdebatan atau menuntut ilmu untuk menjadi ilmu-ilmuan yang hanya pandai berceramah dan menulis buku bagi memperoleh laba dunia sedangkan dirinya sendiri tidak beramal. mereka ini dipanggil ahli kitab
Terang terangan Allah mengatakan kitab (al-quran) tiada keraguan dan tidak pula Allah menghadkan manusia untuk mengkaji Al-quran, cuma perkara ghaib sahaja hanya Allah yang tahu jadi tak perlu kita fikirkan biarkan itu menjadi urusan Allah. gila isim berlaku kepada orang yang mempelajari ilmu selain dari Allah sehingga akhirnya mereka keliru atas tujuan apa mereka pelajari ilmu itu dan tidak mampu diadaptasi dalam kehidupan yang fitrah akhirnya mereka dhoool(bingung/sesat) selama-lamanya..
Atau dalam situasi lain mereka mengkaji ilmu dari Al-quran akan tetapi ilmu itu tidak mereka alirkan atau tidak dimanfaatkan kepada diri sendiri dan seluruh alam dengan membenarkan melalui perlaksanaan dalam kehidupan harian. Oleh sebab itu mereka tidak dapat membeda yang haq dan batil. Jika hudan itu diamalkan pasti ada baiyinatnya, dari baiyinat inilah baru manusia mendapat memfurqonkan. secara realitinya sesuatu yang tertahan atau tidak dapat dialirkan pasti akan meletus, Dalam perumpamaan lain satu empangan yang disekat aliran airnya lama ke lamaan akan pecah jaga dan mengakibatkan kerosakan yang lebih besar. Ketahuilah orang yang menjadi gila isim ini sebenarnya golongan yang sangat tinggi ilmunya.
-fj-
Sunday, 5 June 2016
Siapa gila
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment