Sunday, 5 June 2016

Ayah dan kebun

Sekolah alam dikebun ayah

Anak sekecil ini diajarkan nama-nama bagaimana nabi adam sewaktu turun ke dunia diajarkan nama-nama. Dari jiwa yang kosong mereka diajarkan nama dari nama diajarkan fungsi dari fungsi diajarkan hikmah dari hikmah diajar rahmatantilalamin.

Agar mereka dewasa nanti mampu menghasilkan buah-buah fikiran yang ranum merimbun sepanjang musim dan buah itu sentiasa dipetik manusia kerana rasanya mampu memberi kesejahteraan kepada orang benar-benar  menikmatinya.

Abu zafeerah
BELAJAR BERTANI

Hari ini anak-anak tadika berpeluang mengenali tanah dan tanaman. Dari mentah menjadi makanan. Itulah pendidikan alam yang penuh warna-warni kehidupan.

Anak-anak sekarang sudah tidak kenal debu tanah. Jauh sekali bermain dan berkawan dengan tanah. Inilah masa mendidik mereka supaya berbudi kepada tanah belajar menggunakan deria pemerhatian untuk menajamkan akal mengenali tumbuhan dan tanaman.

Kebun kecil milik RPWP ini sekolah alam mereka untuk berkarya bersama alam.

AZ
Dari tanah kita datang, kepada tanah kita kembali.

No comments:

Post a Comment