Sunday, 5 June 2016

Golongan pelik sangat sedikit

Dalam fb sekarang banyak cerita pasal ustazah mee segera, ustaz maharajalawak dan macam2 lagi yang menyedihkan. Berkait dengan isu ni sebenarnya kita sendiri mampu menilainya, sampai bila kita nak golongan2 pendakwah ni terus menerus mengikut saja kehendak masyarakat atau zaman.

Mereka pula terpaksa buat macam2 inisetif untuk menarik golongan muda ke majlis2 ilmu. Kalau zaman dahulu orang bersusah payah  mencari guru agama tapi zaman sekarang guru mencari anak murid sampai terpaksalah mereka menyanyi, melawak dan harap takde la menari pula lepas ni. Cara mereka tak salah kira ada jugalah usaha untuk berdakwah. Yang salah diri sendiri sebab banyak sangat demand bila nak menuntut ilmu. berqasidah pon nak ala2 clubbing

Cuba kita checklist samaada kita demanding atau kita betul2 mencari ilmu;

1.... (Al-Munāfiqūn):4 - Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar.
=Adekah kita memililih penceramah yang kita suka saja? bukankan ilmunya yang diinginkan Atau terlebih tabsub dengan imej islamic dan perwatakan yang maha zuhud sehingga apa yang dikata benar belaka.

2... (Aş-Şaf):2 - Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
......(Aş-Şaf):3 - Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
= takkan kita nak menuntut ilmu dari orang yang dibenci Allah, jadi lihat la orang yang menyampaikan itu melaksanakan atau tidak apa yang dikata , cth dia suruh utamakan ibu tapi ibunya sendiri dihantar rumah kebajikan. Sebab tu Allah cakap wahai orang2 yang BERIMAN, dah la beriman dibenci pula..pastu amat besar pula kebencian Allah.

3... (Al-Baqarah):41 - Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Quran) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama ingkar kepadanya (Al Quran), dan janganlah kamu menjual-beli ayat-ayat-Ku dengan harga yang murah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa.
= ayat Al quran adalah ketetapan yg perlu didaulatkan dengan perlaksanaan, ade ilmu ada amalnya baru mahal nilainya disisi manusia, bukan hanya baca2 hembus2 dan jual air 30 juzuk rm5, sgt murah dan sgt mudah siap dijamin kemujarabannya.

4.... (Al-Baqarah):42 - Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
= adakah kita melihat penceramah, ustaz/ustazah itu menganjurkan majlis ilmu dengan unsur2 lagho hiburan/lawak keterlaluan, pergaulan bebas dan lain2 kebalitan? . Selain itu adakah pendakwah itu berani menyampaikan atas dasar kebenaran atau mereka tunduk dengan
tekanan oleh pihak tertentu sehingga yg haq itu disembunyikan.

5.... (Al-Baqarah):2 - Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,
= tak semua, tapi ada juga golongan daie yang suka sangat merujuk cerita2 orang2 alim, merujuk agama nenek moyang, Kitab2 tanpa perawian yang jelas, cerita2 magik fantasi dan ghaib, bukankan perkara ghaib tu hanya Allah yang tahu. . Kenapa tak utamakan masej atau pelajaran dari Al-quran. Dah Allah kata tidak ada keraguan tapi masih orang memilih berPEGANG TEGUH selainya Al-quran. Ini jawapan Allah untuk mereka yang sombong ni→
(Al-Baqarah):23 - Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. -baca ayat seturusnya 24 di Al quran anda kalo nak tau ape sindiran Allah.

Kesimpulanya, banyak lagi kita boleh buat checklist dari petunjuk Al quran sebelum menuntut ilmu . Tujuan checklist ini semata-mata mengikuti apa mahunya Allah dan bukan apa mahunya kita. Kita ni selalu banyak demand itu ini dan ketaksuban pada individu juga mampu menjadikan kita pentaqlik buta kerana menelan semua tanpa merujuk Allah.

fj

No comments:

Post a Comment