JUSTIFIKASI KUALITI DAN HARGA WERDA – ULASAN PAKAR JAHIT
Disebabkan permintaan yang sangat tinggi dari agen dropship, agen-agen dan retailer serta pemakai sendiri ke atas tudung WERDA Sofia ini, maka kami terpaksa ‘outsource’ sebahagian kerja jahitan ini kepada kilang jahitan luar juga. Kilang kami sudah tidak cukup tangan untuk menampung permintaan yang tinggi walaupun produk pertama belum pun dilancarkan lagi.
Alhamdulillah kami amat berbesar hati dan bersyukur sekali kerana ramai pengusaha jahitan yang menawarkan jasa. Sebahagiannya malah ingin berkhidmat secara percuma. Mereka hanya ingin tumpang meraih pahala melalui projek wakaf WERDA ini.
Malangnya, setelah beberapa perbincangan dibuat dengan beberapa ketua produksi, sebahagiannya juga merupakan guru jahitan, kebanyakan mereka mengakui tidak mampu melakukannya mengikut kualiti yang kami mahukan. Kemasan jahitan yang amat teliti pada setiap inci adalah kami ambil kira tanpa kompromi.
“Rekabentuk tudung WERDA yang sangat unik. Jahitan pada fabrik yang lembut itu memang agak sukar dan memerlukan tukang jahit berkepakaran tinggi. Biasanya hanya mampu dilakukan oleh tukang jahit t-shirt”, kata mereka.
MEREKA DENGAN JUJUR MENGAKUI BAHAWA KUALITI JAHITAN DARI TEAM IBU MARYAM KITA INI MEMANG SANGAT TINGGI DAN BERKUALITI. IA MEMANG HEBAT, SEHEBAT KUALITI SEMASA BELIAU BERKHIDMAT BERSAMA DATUK BERNARD CHANDRAN DAHULU.
Leganya apabila Ibu Yam telah berjaya mendidik sebahagian ibu-ibu lain di Warga Prihatin serta anak-anak (termasuk yang OKU) untuk mewarisi ketelitian beliau. Walaupun sulit mendapatkan kontraktor jahitan luar, kami bersyukur kerana kilang jahitan kami dipenuhi oleh anak-anak yatim dan asnaf yang BERKEMAHIRAN TINGGI untuk menghasilkan WERDA.
Tahukah anda siapa yang membuat kemasan pada lipatan di bahagian perincian bahu di tudung WERDA Sofia?
Mereka adalah 2 orang anak autism dan down syndrome RPWP yang SANGAT TELITI DALAM MELAKUKAN KERJA. Jangan kita ingat anak-anak OKU itu tiada fungsinya, malah hasil kerja mereka diakui jauh lebih teliti dari kita orang biasa. Qamarina & Afiah yang hidup bersama kami di RPWP sejak 10 tahun dahulu mampu membantu penghasilan WERDA sehingga kualitinya tidak mampu ditiru oleh beberapa pengeluar bebas yang kami temui setakat ini.
ADA KONTRAKTOR JAHITAN YANG TERKEJUT APABILA KAMI UMUMKAN HARGA PROMOSI KAMI KELMARIN. KATANYA IA TERLALU RENDAH BERBANDING TUDUNG LABUH LAIN YANG BERJENAMA DAN TIDAK 'SOLAT READY'.
ANTARA SEBAB YANG DILAKARKAN IALAH BESARNYA JUMLAH PENGGUNAAN KAIN UNTUK TUDUNG SEBESAR TELEKUNG (SOLAT READY). ‘DESIGN’ TUDUNG WERDA PULA BEGITU UNIK SEHINGGA MERUMITKAN KERJA JAHITAN. IA DITAMBAH DENGAN TINGGINYA PENELITIAN KUALITI JAHITAN.
ITU BELUM DIAMBIL KIRA NILAI TAMBAH DARI SEGI ‘KUALITATIF’ SEPERTI STANDARD PROMOSI DAN PENJENAMAAN BERPROFAIL TINGGI DAN ‘SPIRIT SEDEKAH’ DARI SEGI WAKAF TENAGA PENGELUARAN YANG BERSEMANGAT NAHNIAH SERTA UNSUR ‘PEMBELIAN SEDEKAH’.
Doakan kami berjaya mendapatkan kontraktor jahitan yang sesuai. Jika kami tidak berjaya ‘outsource’ kontraktor pengeluar bebas lagi, kami harap anda semua bersabar jika bekalan terputus. Yang penting kami akan cuba pastikan bekalan yang ada cukup berkualiti, walaupun mungkin kurang cukup dari segi kuantiti. InsyaAllah akan kami cuba tambahkan kapasiti itu dari hari ke hari.
Terima kasih kerana menyokong WERDA yang ditunjangi oleh mereka yang luarbiasa semangatnya dan luarbiasa juga kualiti kerja insan-insannya.
- W E R D A -
P/S: Jangan terkejut atau berkecil hati pula jika sewaktu pelancaran nanti anda akan berbicara tanpa disapa oleh beberapa jejaka kacak dari kalangan OKU Pendengaran (pekak bisu) yang tersenyum simpul melayani anda tanpa sepatah kata. Mereka semua juga menjadi ahli keluarga kami dalam syarikat Wakaf Enterprise ini.
No comments:
Post a Comment